Sunday, August 10, 2008

Tukang Sihir tidak akan melebihi Allah SWT

Dalam pertandingan biasanya ada yang menang dan ada yang kalah, tetapi sukar bertanding dengan mereka yang tidak mahu kalah dan mesti mahu menang atau dalam Bahasa Inggeris kita panggil ‘ Sore looser”.

Pertandingan belum lagi bermula di Permatang Pauh, penamaan Calon pun belum bermula. Anwar sudah mula menaburkan tohmahan dihadapan penyokong beliau pada satu istiada sembahyang hajat untuk meminta agar mereka diberikan kemenangan pada pilihanraya kecil ini.

Kata Anwar , “jika kalah di Permatang Pauh ini kerana fitnah, rasuah, penyelewengan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam mengendalikan pilihan raya kecil yang bakal diadakan pada 26 Ogos depan”

Anwar sememangnya kaki belit dan setiap patah yang terkeluar dari mulut beliau adalah berunsur penipuan dan cuba untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Beliau boleh kita ibaratkan sebagai kaki sihir yang telah menyihir penyokong beliau untuk mempercayai apa sahaja yang dikatakan, (penyokong beliau sahaja ). Mereka sanggup turun beramai-ramai membuat kacau dijalanan untuk mempertahankan Anwar. Mereka begitu taksub kepada Anwar Ibrahim .

Jika Nik Aziz dan juga Hj Hadi yang diakatakan sebagai ulamak boleh mengangkat Anwar sebagai bakal Perdana Menteri jika PR tubuhkan rakyat, sedangkan PAS adalah sebuah parti Islam yang pernah menyatakan bahawa hanya ulamak tunggak pemerintahan boleh ditunduk dan mungkin mengganggap Anwar sebagai ulamak dan menjadi tunggak pemerintahan mereka, apakah Nik Aziz dan Hj Hadi juga disihir.

Kata Anwar “Saya tidak jangka ia pilihan raya yang mudah, memang nampak mudah apabila melihat ada sokongan orang ramai tetapi susah kerana pasti banyak halangan daripada orang yang menentang kita. “Saya berasa sedikit sukar kerana fitnah akan bertambah dan rasuah juga akan bertambah,” katanya.

Jelas Anwar membayangkan bahawa jiaka beliau kalah bererti semuanya adalah merupaan penyelewengan dan juga fitnah, oleh itu Anwar perlu menang baru segala perkara ini tidak akan timbul. Mungkin Anwar telah tahu dan menyadari bahawa inilah gelangang yang akan mendedahkan segala tentang penipuan dan keburukan beliau kerana inilah gelanggang yang akan menjadi tumpuan rakyat seluruh Malaysia dan juga di dunia.

Jika Anwar menang, beliau juga akan tetap menuduh SPR tidak betul dan lain-lain lagi, beliau akan mengatakan bahawa jika mereka ini betul pasti beliau boleh menang lebih besar lagi. Pasti beliau akan berkata sepatutnya kita dapat semua undi pengundi rakyat di Permatang Pauh. Jika mereka kalah akan berlakulah perarakan besih untuk membersihkan SPR. Inilah Anwar yang punya kelebihan untuk menyihir pengikut beliau.

Kenyataan terbarunya itu tidak lebih daripada usaha untuk ’simbah minyak dalam api’ iaitu berusaha untuk terus membangkitkan rasa tidak senang rakyat kononnya beliau sentiasa berada di pihak yang akan menjadi mangsa. Beliau adalah manusia yang paling bersih dan hanya beliau sahaja yang membela rakyat dan bangsa Melayu. (Ketika tersingkir dari kerajaan bukan masa dalam kerajaan, tanya orang PAS siapa Anwar ketika dalam kerajaan) Nasib baik Allah menyanyangi kita, walaupun Anwar hanya tinggal senafas sahaja lagi untuk jadi Perdana Menteri Malaysia tetapi gagal untuk duduk kerusi berkanaan dan telah diletakkan ke kerusi yang sepatut beliau berada dimana beliau berada sekarang. Insyaalah beliau akan terus berada disitu selama-lama nya sebagai kaki meracau.

Apa juga yang akan dilakukan oleh Anwar, Allah akan tetap melindungi rakyat Malaysia dan tidak ada lebihnya ahli sihir dari Allah SWT.

Sumber kpmu.net