Permatang Pauh - 24 Ogos. Tindakan pegawai SPR yang berat sebelah telah menurunkan Poster BN Pulau Pinang dianggap sebagai mencabul kebersihan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan boleh mencetus suasana yang panas antara kedua penyokong. Sekumpulan ahli PKR telah membawa pegawai PKR untuk melihat sekeping Poster yang berbahasa Cina yang tertera logo BN Pulau Pinang telah menurunkan poster BN tanpa keizinan atau sisatan terperinci dari ibu pejabat SPR.
Menurut pegawai berkenaan poster ini diturunkan kerana ia telah memaparkan tulisan Pakatan Rakyat di mana Pakatan Rakyat tidak bertanding dan yang bertanding adalah BN dan juga PKR. Poster yang menunjukan satu perlumbaan dalam sukan Pakatan Rakyat, Apabila wartawan kami mempersoalkan kembali kepada mereka mengapa banyak poster yang bertulis Pakatan Rakyat milik PKR tidak diturunkan, beliau berkata itu hak dan kuasa kami, kamu jangan campur tugas kami.
Kami juga mempersoalkan mengapa merekaa menurunkan poster berkenaan tanpa laporan Polis dan tanpa persetujuan dari ibu pejabat SPR dan tanpa arahan pihak yang lebih berkuasa. Pegawai berkenaan menjawab, itu kuasa kami. Kehadiran saya sudah cukup membolehkan poster ini diturunkan selit seorang lagi yang tidak kami tahu dari mana dan apakah kuasa beliau. Kami merasakan beliau adalah SB. Di sini kami akan menyiarkan gambar mereka berdua sekira ada laporan yang mahu dibuat oleh pihak BN.
Oleh kerana kami tidak mahu terjadi kekecohan kami meninggalkan lokasi tersebut dan mengambil gambar poster-poster PKR yang menghina kerajaan dan UMNO tetapi tidak pula di turunkan. Jelas disini menunjukkan PKR telah tertekan sehingga terpaksa menurunkan poster-poster milik BN. Di sini juga kami siarkan poster-poster yang dipasang oleh PKR yang kami kira agak keterlaluan.
Oleh : Wartawan KPMU.