Saturday, August 16, 2008

DARI PERMATANG PAUH….TIGA CALON SAJA BERENTAP - BN,PKR DAN AKIM

Pada jam 8.40 pagi Sabtu suasana di sekitar pusat penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainon dekat Bukit Mertajam terkawal walaupun ‘ agak panas’. Jumlah para penyokong pembangkang yang berkumpul di kawasan sekitar itu nampaknya jauh melebihi penyokong Barisan Nasional.

Pada waktu berita ini ditulis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengiringi calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah masuk ke pusat penamaan calon.Ramai para pemimpin BN turut hadir untuk memberi sokongan moral.Pada jam 9 pagi - SEPERTI YANG DIRAMALKAN...calon Angkatan Keadilan Islam (AKIM),serpihan PAS, Hanafi Hamat sudah kelihatan di pintu masuk pusat penamaan calon.Ini bakal jadikan pertandingan tiga penjuru pilihanraya kecil Permatang Pauh.Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sudah tiba diiringi beberapa tokoh pembangkang termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan orang kuat DAP Lim Kit Siang.

9.50 pagi ...JANGAN DAHULUI KUASA TUHAN...itu kata Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang geram melihat gelagat sesetengah para penyokong pembangkang di Permatang Pauh yang disifatkannya terlalu taksud dengan Anwar.Bercakap pada para wartawan di pusat penamaan calon pilihanraya kecil itu pagi ini Shahrizat kata ini adalah pilihanraya kecil paling teruk pernah dihadirinya setakat ini.Beliau kesal melihat cara sebilangan penyokong pembangkang suka tunjuk tanda lucah dan sebagainya. 10 pagi - MUNGKIN EMPAT PENJURU..Selain calon BN Ariff,PKR Anwar dan AKIM Hanafi ...turut kelihatan masuk ke pusat penamaan calon ialah bekas pemimpin PKR P.Pinang Dr Mansor Othman.Beliau juga disebut-sebut nak tanding sebagai calon bebas.

10.39 pagi - SPARE TYRE...Pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh Mustapha Kamal Yusuf sahkan bahawa Dr Mansor Othman yang turut kemukakan borang pencalonan sebagai calon bebas cuma 'spare tyre' jika apa-apa berlaku pada borang pencalonan Anwar.Naib Presiden PKR Azmin Ali juga sahkan Dr Mansor masih ahli PKR.Dr Mansor dikatakan akan tarik diri bila semunya beres. 11.44 pagi TIGA CALON SAHAJA...SPR umum senarai calon selepas selesai waktu bantahan.Sah hanya tiga calon saja akan berentap dalam pilihanraya kecil itu BN Ariff Shah,PKR Anwar manakala AKIM Hanafi.Apapun bermula dengan cuaca dan suasana panas tetapi berakhir dingin bila hujan turun dengan lebat sekali di kawasan itu tidak lama selepas penamaan calon selesai.


Gambar atas:Riaksi pemuda Kelang selepas diselamatkan dari dipukul oleh penyokong PKR yang bertindak ganas memukul, membaling botol air kepada mereka.