Wednesday, August 13, 2008

Forum Bar Council : Anwar Pertahankan Guan Eng?

Guan Eng pernah tolak cadangan Pemuda PAS untuk laksanakan pemerintahan Islam di negeri -negeri Pakatan Rakyat. Ini petanda Guan Eng tidak suka cara PAS? Guan Eng juga tidak lantik pun Exco PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Biarpun hanya seorang sahaja ADUN PAS Permatang Pasir yang menang, tetapi dia tidak dilantik pun. Apakah Guan Eng diskriminasikan wakil rakyat PAS?

Guan Eng menyokong mengenakan tindakan disiplin terhadap Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) kerana menyertai protes terhadap forum "Memeluk Islam" yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Ianya bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno".

Tidakkah tindakan Guan Eng ini seolah olah mempertahankan tindakan Majlis Peguam? Salehuddin Ayub dan Zulkifli Nordin memprotes tindakan Majlis Peguam atas kapasiti dia sebagai orang Islam. Berhak bagi diamempertahankan agamanya.

Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) mendakwa kenyataan Dato' Seri Najib berhubung tindakan penunjuk perasaan menentang forum Majlis Peguam kelmarin sebagai "menyokong keganasan" dan "cuba memulihkan nasib BN yang semakin merosot." Guan Eng menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bila menyatakan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur forum.

Apakah Guan Eng lupa bahawa kemenangan DAP di Pulau Pinang juga disumbangkan oleh pengundi pengundi Islam dari PAS? Apakah Anwar juga sanggup berdiam diri membiarkan tindakan kurang ajar Guan Eng semata mata mahukan undi DAP di Permatang Pauh?

"Sekarang BN tidak lagi menjawab dakwaan-dakwaan melakukan rasuah, salah urus, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, mereka kini bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai," kata Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Lupakah Guan Eng bahawa Anwar dipenjarakan dulu atas dakwaan rasuah?

Apakah Anwar juga mempertahankan tindakan Majlis Peguam? Sebagai seorang yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat, apakah Anwar akan menegur tindakan Guan Eng? Siapa yang main dengan isu agama sebenarnya? Bukankah orang itu ialah Guan Eng sendiri? Siapakah yang
mansuhkan DEB di Penang, bukankah Guan Eng dan ayahnya yang mansuhkan? Anwar tak tegur ke? Biarkan sahaja nasib orang Melayu dipermainkan DAP?

Dalam Malaysiakini, 8 Ogos, Anwar Ibrahim menyatakan bersetuju forum "Memeluk Islam" diadakan berhubung masalah pertukaran agama di kalangan bukan Islam di bawah perkara 121 (1A).

"Saya rasa, untuk kepentingan Malaysia yang pelbagai kaum, kita patut berhati-hati tentang perkara ini. Teruskan perbincangan, bertemu dengan mereka yang bimbang. Saya rasa sebagai strategi, ia akan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang" kata Anwar.

Bolehkah perbincangan tentang soal agama kita diperbincangkan sebegitu? "Saya rasa sebagai strategi" kata Anwar.

Apakah forum ini sengaja diadakan sebagai salah satu strategi Anwar untuk menang di Permatang Pauh? Sanggup Anwar buat begitu semata mata hanya untuk berkuasa.