Saturday, August 16, 2008

Anwar fitnah Puteri UMNO

Sesi ceramah Anwar di Taman Cermai malam tadi tidak lebih dari sesi menafikan isu liwat dan memohon simpati dari pengundi Permatang Pauh dan sesi kutuk mengutuk bagi menanam kebencian kepada pengundi Permatang Pauh kepada kerajaan.

Antara menteri yang disentuh adalah Perdana Menteri, Tim. Perdana Menteri, Sharizat, Khairy Jamalludin dan Ketua Polis Negara.

Turut hadir pada ceramah berkenaan adalah Lim Kit Siang, Mat Sabu dan pemimpin DAP.

Menurut Anwar jika mereka menjadi kerajaan, beliau akan memilih yang terbaik punya akal dan fikiran tidak kira dari bangsa apa untuk menjadi pemimpin. Dia akan singkir semua naib censelor yang kaki ampu yang lebih teruk dari ketua cawangan dan akan mencari prof censelor yang bijak-bijak. Beliau juga akan mengangkat semua kaum setaraf dan adil.

Beliau lebih rela bekerja dengan pemimpin cina kerana mereka tidak rasuah. Beliau juga seperti biasa dengan menceritakan bahawa semua pemimpin negara menyokong beliau seperti Gus Dur Aquino dan juga pemimpin Pakistan.

Menurut beliau Gus Dur telah memberikan jaminan bahawa. Seluruh kiai di Indonesia akan bertindak jika apa-apa berlaku kepada beliau.

Beliau juga memberi amaran kepada pengundi Permatang Pauh agar berhati-hati kerana ada pemimpin UMNO yang menghubungi beliau bahawa Puteri UMNO akan ke rumah-rumah untuk merasuah wang kepada mereka.

Oleh: : Otai Siber
www.kpmu.net