Sunday, August 17, 2008

Hanafi yakin tidak hilang wang pertaruhan

Dalam keghairahan rakyat memberikan perhatian kepada YB Ariff Shah dan Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul Hanafi Mamat, Presiden Akim ( Angkatan Keadilan Insan Malaysia)ditengah-tengah pertembungan dua tokoh politik berkenaan untuk turut bertanding merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Rakyat tertanya-tanya siapakah lelaki yang berusia 51 tahun ini dan mengapa beliau mahu bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh. Menurut beliau apabila ditemui oleh krew KPMU semalam, beliau betanding adalah kerana untuk memberikan pilihan kepada pengundi yang tidak menyokong BN dan PKR. Beliau juga bertanding atas dasar mahu berbakti kepada rakyat Permatang Pauh. Beliau yakin bahawa beliau punya penyokong dan beliau pasti beliau tidak akan hilang wang pertaruhan.

Beliau menafikan bahawa beliau mahu mencari glamour dan publisiti dan beliau juga menafikan bahawa beliau ditaja oleh parti PAS oleh kumpulan yang anti Anwar Ibrahim untuk memecahkan undi orang Melayu kepada PKRM. Saya bertanding atas rasa tanggungjawab unutk berbakti kepada rakyat Permatang Pauh.

Beliau mengharapkan agar media dapat memberikan publisiti kepada beliau kerana beliau mengakui tidak mempunyai sumber kewangan untuk berkempen.

Oleh: Ikma Hisham