Anwar berkata saya tidak akan bersumpah kerana, dahulu saya pernah bersumpah di Masjid tetapi saya ditangkap juga, buat apa saya nak bersumpah katanya. Anwar tetap enggan bersumpah dan katanya dulu semasa di dalam penjara saya dikelilingi dengan banduan yang ganas-ganas. Ada perompak ada perogol dan ada pembunuh. Bila suruh mereka bersumpah, mereka aka berkata, ia saya bersumpah saya tidak melakukan perkara tersebut. Kalau begitu kita tak perlu ada makahmah kita suruh mereka bersumpah sahaja.
Anwar cuba mengelirukan penyokongnya kerana enggan bersumpah. Dahulu Anwar tidak pun pernah bersumpah dan anwar juga mengelirukan pengikutnya dengan berkata banduan–banduan juga berani bersumpah, dan maksud Anwar sumpah ini hanya bahan mainan, namaun Anwar tidak juga mahu bersumpah. Anwar cukup bijak meraih simpati dan Anwar langsung tidak menyentuh calon BN dan Anwar banyak menceritakan bagaimana dia didera dan bagaimana dia ditelanjangkan, lubang juburnya dikorek oleh Polis dan bagaimana dia diarahkan menandatangani borang dia dirogol dan dia enggan menandatangani tetapi dia dipaksa. Dalam borang berkenaan ada tertulis, bagaimana rasanya bila beliau dirogol, lalau dia memotong bahagian itu kerana katanya dia tidak tahu kerana dia tidak pernah dirogol.
Ini adalah satu lagi penipua Anwar, tetapi cara beliau bercakap begitu yakin sekali sehingga mereka yang mendengar seolah-olah terpengaruh dengan kata-kata dusta Anwar itu.