
''Pengundi di Permatang Pauh wajar diberi peluang memilih (calon kegemaran mereka),'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Vista Jet dan pembukaan Operasi Pangkalan Hadapan (FBO) SkyPark Malaysia, di sini hari ini.
Najib mengulas sejauh mana kemampuan BN di kubu kuat PKR pada pilihanraya kecil di kawasan itu kelak.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 16 Ogos manakala pengundian 26 Ogos.Kerusi berkenaan kosong berikutan penyandang sebelum ini, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.
Tindakan Wan Azizah itu mewujudkan suasana dan perasaan kurang senang banyak pihak kerana dilihat berkepentingan peribadi.Mengulas lanjut, Najib berkata, tujuan BN bertanding di Permatang Pauh adalah untuk memastikan rakyat mempunyai pilihan terbaik pada pilihan raya kecil itu.Katanya, sejarah memperlihatkan BN tidak pernah berundur atau takut bertanding di mana-mana tempat pun di negara ini.