BUTTERWORTH, 7 Ogos -Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang meminta penduduk Permatang Pauh yang akan mengundi dalam satu pilihanraya kecil 26 Ogos ini supaya tidak terpengaruh dengan kempen Parti Keadilan Rakyat terutama mengenai janji untuk menurunkan harga minyak.
"PKR kini ketandusan isu. Mereka akan suruh pengundi sokong mereka dengan berjanji menurunkan harga minyak," katanya ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan isu minyak dijadikan modal oleh PKR dalam pilihan raya kecil itu.
Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said pula berkata membuat janji untuk menurunkan harga minyak memang mudah tetapi ia sukar ditunaikan kerana harga minyak adalah masalah global.
"Saya harap pengundi faham," katanya.
Pada satu perhimpunan di Seberang Jaya pada Ahad lepas, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bakal bertanding di Permatang Pauh, dilaporkan berkata beliau mampu menurunkan harga minyak kepada RM2 seliter daripada RM2.70 seliter sekarang.
Pada perhimpunan itu juga, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa meminta orang ramai menyokong Anwar untuk menang pilihan raya itu sekaligus membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya bagi membolehkan harga minyak diturunkan.
"Jika Datuk Seri Anwar berada di Parlimen, Insyallah harga minyak diturunkan," katanya.
Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian turut menjangkakan Anwar akan menggunakan isu minyak untuk meraih sokongan.
"Orang memang suka dengar bila Anwar kata harga minyak akan diturunkan. Mungkin ada yang akan terpengaruh.
Jadi calon Barisan Nasional perlu membuktikan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak adalah tindakan yang terpaksa dilakukan," katanya.