Tuesday, August 12, 2008

Ahli PAS protes dan sokong BN di Permatang Pauh

Tidak sampai setahun Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan dilima buah negeri telah mula timbul kekecohan dan tidak kepuasan hati antara parti-parti sekutu mereka. Luahan ini telah disuarakan oleh Hj Hadi Awang di konvensyen PAS Pulau Pinang dan dalam sidaang akhbar selepas pembentangan budget di negeri Selangor, Hj Hadi menyatakan hasrat PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat jika ianya tidak menguntungkan orang Islam.

Sememangnya PAS dianggap oleh melukut ditepi gantang dan suara PAS tidak diterima pakai oleh kedua parti bersekutu dan ahli PAS dalam Pakatan Rakyat bagaikan ahli kelas yang kedua (second class members ). Pemimpin PAS juga selalu disisih oleh pemimpin PKR dan DAP. Pakatan Rakyat adalah selama ini bukan memperjuangkkan agenda rakyat tetapi disebaliknya memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Setelah Anwar disingkir dari UMNO dan ditarik hak beliau untuk menjadi Perdana menteri kerana isu liwat beliau kini menggunakan platform Pakatan Rakyat untuk meniti jalan bagi mencapai cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Sememangnya agak sukar untuk kita melihat bagaimana 3 parti yang berlainan idologi boleh bersatu memimpin negara ini ke arah matlamat idiolgi masing-masing.

DAP ke arah memperjuangkan hak Bangsa Asing yang bukan beragama Islam, PKR memperjuangkan hak Anwar sebagai Perdana Menteri dan PAS sepatutnya meneggakan kepimpinan Islam. Bagaimana PAS mahu perjuangkan Islam apabila Perdana Menteri mereka adalah dari kalangan orang yang bukan berminat untuk memperjuangkan idologi Islam sebenar. PKR juga merupakan parti berbilang kaum yang terpaksa memperjuangkan hak bukan Islam.

Contoh terbaik, apabila UMNO/PAS menentang Forum masuk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara yang dimana Presiden parti adalah orang kuat PKR. Anwar dan PKR menyokong Forum ini diadakan.Anwar dan PKR tidak memperdulikan perasaan sekutu mereka yang beragama Islam yang membantah Islam dihina oelh pemimpin Parti berkenaan.

Luka PAS kian parah kebelakangan ini. PAS kini nerterus terang meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada sekutu mereka. Walaupun PAS menayatkan bahawa mereka akan membantu kempen Anwar di Permatang Pauh namun ramai ahli PAS di Permatang Pauh sekarang telah menunjukkan kurang minat mereka kepada Pakatan Rakyat. DIfahamkan dari sumber yang boleh dipercayai, ada dikalangan ahli PAS Permatang Pauh sudah bersedia untuk memberikan protes kepada Anwar Ibrahim dan mereka dikatakan akan berpihak kepada BN .

Nik Aziz Nik Mat juga ada menaytakan bahawa kini wujudnya hasrat dengki kepada Anwar dalam Pakatan Rakyat untuk melihat Anwar kecundang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sila lihat sini

Oleh : Iskandar Alam Shah