Tabloid ini diedarkan percuma di kedai-kedai makan di kompleks-kompleks dan juga rumah-rumah oleh pelajar-pelajar wanita yang menyokong PKRM.
Tabloid yang berbaur hasutan itu telah memperbesarkan isu qazaf yang dibuat oleh Anwar dan menuduh pemimpin UMNO engkar fatwa ulama. Antara yang dikatakan engkar dan beria-ia mencabar Anwar adalah Khairy Jamaluddin, Abdul Azeez dan juga Ezam.
Hukum Qazaf diberikan liputan istimewa dengan ulasan, fahami hukm Qazaf bagi mengelabui mata pembaca kerana Anwar cuba mengelakkan diri dari bersumpah. Malahan laporan hukum Qazaf adalah senjata dan lesen bagi Anwar mengelakkan diri dari bersumpah.
Persoalan bagi pengundi di Permatang Pauh, apakah pernah ada fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana ulamak mengenai desakan supaya Anwar bersumpah.