Pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26hb Ogos 2008 (Selasa) dan hari penamaan calon akan diadakan pada 16 Ogos 2008 (Sabtu). Pengumuman ini telah di buat oleh SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) pagi tadi. SPR juga menyatakan bahawa 57,969 pengundi berdaftar akan mengundi dan pengundi pos adalah sebanyak 490 pengundi. Pilihanraya kecil ini diadakan berikut perletakan jawatan wakil Parlimen Permatang Pauh Dr Wan Azizah dan memberikan laluan kepada suami beliau untuk bertanding dikerusi berkenaan.
Kerusi ini telah dikosongkan oleh Dr Wan Azizah kerana mahu memberikan laluan kepada suaminya yang merupakan penaishat parti Keadilan Rakyat yang bercita-cita mahu menubuhkan kerajaan pada 16 September ini. Anwar yang layak bertanding pada April yang lalu telah berteka-teki untuk bertanding dibeberapa tempat seperti Bandar Baru Kulim dan juga Bandar Tun Razak akahirnya memilih jalan selamat dengan mengambil tempat isterinya Dr Wan azizah di Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim.
Pengumuman yang dibuat oleh Dr Wan Azizah juga dikatakan ada kaitan dengan desakan kerana pada hari yang sama pihak polis telah menyelesaikan siasatan terhadap kes aduan liwat yang dibuat oleh Pembantu Khas Anwar Ibrahim dan ada juga pendapat manyatakan bahawa perletakan jawatan Wan Azizah adalah cara terakhir untuk menyelamatkan suaminya dan mereka mahu menggunkan politik sebagai perisai .
BN pasti akan menurunkan calon yang terbaik dan pasti akan memberikan tentangan yang hebat kepada Anwar Ibrahim dalam kempen-kempen yang agresif untuk memastikan BN dapat menawan kembali kerusi Permatang Pauh dari PKR. Pendedahan demi pendedahan akan dibuat untuk memastikan pengundi Permatang Pauh mengenali siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim. Pertempuran dimedan siber juga pasti akan menjadi hangat kerana kedua-dua belah pihak pasti akan cuba menguasai kempen melalui siber, laman ini akan membuat laporan khas mengenai setiap pergolakan yang akan berlaku di Permatang Pauh. Selamat melayari laman ini untuk info-info terkini. Anda boleh menghantar apa juga bahan mengenai Permatang Pauh di email - rakyatpematang@gmail.com